Kerajaan negeri Johor bersetuju membiayai kos rawatan penyelam warga asing yang ditemui selamat selepas hilang ketika melakukan latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol, Mersing pada Rabu.<br /><br />Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata dua lagi mangsa ditemui dalam keadaan selamat tetapi dalam keadaan lemah, awal pagi tadi.<br /><br />Kedua-dua mereka sedang menerima rawatan di Hospital Pakar KPJ di Pasir Gudang.
